Surah 17:
AL-ISRAA’ (perjalanan dimalam hari),
Surah ini terdiri atas 111 ayat, termasuk golongan
surah-surah Makkiyyah. Dinamakan dengan
“Al-Israa” yang bererti “perjalanan dimalam hari”, berhubung peristiwa Israa’ Nabi Muhammad s.a.w. di Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsha di Baitul Maqadis
dicantumkan pada ayat pertama dalam surah ini.
Penuturan cerita Israa’ pada permulaan surah ini, mengandung isyarat
bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berserta umatnya kemudian hari akan mencapai
martabat yang tinggi dan akan menjadi umat yang besar.
Surah ini dinamakan pula dengan “Bani Israil” ertinya “keturunan Israil” berhubung denagn permulaan surah ini, yakni pada ayat ke2 sampai dengan ayat
ke8 dan kemudian dekat akhir surah yakni pada ayat 101 sampai dengan ayat 104,
Allah menyebutkan tentang Bani Israil yang setelah manjadi bangsa yang kuat
lagi besar lalu menjadi bangsa yang
terhina kerana meyimpang dari
ajaran Allah s.w.t. dihubungkan nya
kisah Israa’; dengan riwayat “Bani Israil” pada surah ini, memberikan peringatan bahawa umat Islam akan
mengalami keruntuhan, sebagaimana halnya Bani Israil, apabila mereka juga
meninggalkan ajaran-ajaran agamanya.
Khatam terjemahan
ayat-ayat Bani Israel (1-111),
Sumber;
No comments:
Post a Comment