Thursday, 2 July 2015

Surah AL-ISRAA



Surah 17: 
 
AL-ISRAA’ (perjalanan dimalam hari),

Surah ini terdiri atas 111 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah.  Dinamakan dengan “Al-Israa” yang bererti “perjalanan dimalam hari”, berhubung  peristiwa Israa’ Nabi Muhammad s.a.w.  di Masjidil Haram di Mekah  ke Masjidil Aqsha di Baitul Maqadis dicantumkan pada ayat pertama dalam surah ini.  Penuturan cerita Israa’ pada permulaan surah ini, mengandung isyarat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berserta umatnya kemudian hari akan mencapai martabat yang tinggi dan akan menjadi umat yang besar.

Surah ini dinamakan pula dengan “Bani Israil” ertinya “keturunan Israil” berhubung denagn permulaan  surah ini, yakni pada ayat ke2 sampai dengan ayat ke8 dan kemudian dekat akhir surah yakni pada ayat 101 sampai dengan ayat 104, Allah menyebutkan tentang Bani Israil yang setelah manjadi bangsa yang kuat lagi besar lalu menjadi bangsa yang  terhina kerana meyimpang  dari ajaran Allah s.w.t.  dihubungkan  nya  kisah Israa’; dengan riwayat “Bani Israil” pada  surah ini, memberikan peringatan bahawa umat Islam akan mengalami keruntuhan, sebagaimana halnya Bani Israil, apabila mereka juga meninggalkan ajaran-ajaran agamanya.


Khatam terjemahan ayat-ayat  Bani Israel (1-111),
 
Sumber;